Assalamualaikum , selamat petang warga blogger :-)
Huh, dah lama sangat tak beblogger. Hari ni, try nak masukkan entry baru. Alhamdulilah , selamat sampai shah alam bersama family tersayang dan tercinta . Sampai sahaja bilik, kemas barang dan kemas bilik. Tetiba ternampak satu album. Terbuka dan melihat gambar Ibu bersama saya masa saya kecil. Ya Allah, rindu nya sedangkan baru sahaja jumpa. Mungkin terlalu sekejap sangat cuti dan tak dapat bersama-sama beliau.
Bersama ibu yang tercinta, tanpa beliau mungkin aku tiada didunia ini. Setiap pengorbanan yg telah dilalui oleh beliau, susah nak digambarkan. Kekuatan dan ketabahan beliau dalam menjaga aku juga, sukar digambarkan. Jasa dan pengorbanan nya juga, tak terbalas dari kecil sehingga la skrg. yang mampu aku lakukan adalah membahagiakan dan mengembirakannya serta mengiringi doa didalam setiap solatku. Aku terlalu menyayangimu, ibu :'(
Aku boleh hidup tanpa Cinta , Tetapi Aku tak boleh hidup tanpa Kasih sayang dari seorang Ibu . Hanya Ibu tempat aku bergantung , Dan , Ibu adalah segala-galanyaa bagiku :')
Setiap saat aku memerlukan beliau, Aku sendirian beliau sentiasa bersamaku dan aku harap dia akan ada bersama dengan pada penghujung nyawaku.

