siapa dia ?
susah untuk kita nampak dia gembira, susah untuk kita nampak dia sedih. Tetapi, dalam diri dia hanya dia dan Allah sahaja tahu. Kegembiraan, Kesedihan, Kekecewaan, Kebahagiaan dia jarang kita nampak. Tapi hakikatnya, dia sahaja tahu. Tak semua kita boleh berkongsi pada orang lain atau orang yang kita sayang. Hanya kita sahaja tahu, dan memahami nya sendiri. Jangan salahkan orang lain kerana itu kehendaknya. Dia meminta untuk sendirian kerana dia memerlukan masa yang agak lama untuk pulihkan diri dia dari semua benda. Kesakitan, Keperitan diri dia hanya dia sahaja yang lalui. Kita cuma dapat membantu semua ini dengan memberi semangat doa. Keperitan yang dia rasai nya, membuat dia ada semangat untuk dia teruskan kehidupan yang serba kekurangan. Kehilangan seorang ayah, buat dia terus bangun untuk menjalani kehidupan nya seperti biasa. Tanpa Ibu, mungkin dia takkan bangun dengan kegembiraan. Hanya ibu sahaja yang banyak memberi dia semangat untuk teruskan kehidupan dan masa depan dia. Dia bersyukur dengan kehendak yang diberi oleh Allah. Mungkin ini ujian dia dari Allah, dia kuat . dia tabah untuk terima semua ini. Kerana, dia banyak dapat kata-kata semangat dari keluarga terutama mak dan adik beradik sebelah mak, serta kawan-kawan yang tak putus-putus berada disampingnya. Dia bersyukur, dalam kehidupan dia sekarang. Tanpa kawan-kawan, family. Dia takkan terus bangun untuk meneruskan kehidupannya.
Akhir kata, siapa dia ? Dia adalah saya, Nur Azilah Bt Ibrahim . Terima kasih kawan-kawan, keluarga yang berada disamping saya, Even. saya jatuh. Masih ada cuba untuk membangunkan nya. Kekuatan, Kekurangan saya diterima dengan seadanya oleh kawan-kawan. Terima Kasih Ya Allah, kerana memberi ujian yang setimpal untuk saya lalui semua ini. Terima Kasih Ibu kerana sentiasa berada disisi saya sedih , gembira dan kecewa . Ibu adalah segala-galanya bagi saya. Tanpa Ibu, saya akan jatuh selingkuh sampai sekarang. Terima kasih juga atas doamu, ibu yang buat saya terus mengejar cita-citaku. InsyAllah, dengan segulung sijil diploma itu khas untuk ibu . Kasih SayangMu tak akan dapat saya balas dengan apa-apa pun. Hanya saya mampu lakukan kegembiraan dan kebahagiaan serta doa yang tak pernah putus dari saya selepas solat . Hanya itu sahaja yang mampu saya balas untukMu Ibu. Kasih sayang Ibu sepanjang hayat menjamin kebahagiaan sampai bila-bila . Syurga itu dibawah telapak kaki Ibu :'(