Assalamualaikum
Kali ini entry saya menceritakan tentang diri saya yang sebenar. Mungkin orang tertanya-tanya, kenapa saya suka merampas kebahagiaan orang lain? Dan, Kenapa suka sibuk hal orang lain? Saya tak salahkan sesiapa dalam semua orang. Terlebih dahulu, Maafkan saya kerana menghancurkan hubungan orang lain. Tak terlintas dalam fikiran saya untuk buat semua ini.Untuk pengetahuan semua,
Saya menjadi diri sendiri dan tak pernah menjadi orang lain. Mungkin, Apa saya buat ini orang salah tafsir. Dan, saya faham apa yg cuba orang diluar sana rasakan. Saya berkawan dengan semua orang, dan tak terlintas dalam fikiran saya untuk merampas kebahagiaan orang lain. Saya sedar, saya hampir menghancurkan hubungan orang dan hubungan saya bersama pasangan pun tak bisa saya jaga. Hanya sekadar kawan yang mampu saya tolong dan membantu. Tiada sedikit perasaan untuk hancurkan hubungan orang lain. Mungkin, orang diluar sana ingat saya kejam lakukan semua ini. Tapi, niat saya semua nya disalah tafsir. Saya taktahu bagaimana nak bagitahu dgn semua kawan-kawan apa yg sebenarnya dah berlaku.
Niat saya untuk membantu kawan-kawan, dan saya cuba untuk baiki hubungan mereka ? Tapi, kenapa orang diluar sana suka buat cerita benda yang tak sepatutnya. Ia betul, memang orang cakap semua orangg tak pandai nak tutup mulut. Dan suka sibuk hal orang lain. Kadang-kadang diri sendiri pun tak terjaga, memangg itu betul. Tapi kenapa mesti nak tahu dan sibukk hal orang lain sedangkan diri sendiri punya tak teurus. Setiap manusia ada perihal sendiri. Jaga diri sendiri sebelum untuk jaga orang lain yea.
Maafkan saya, saya tak pernah dan tak terlintas untuk jatuhkan hubungan orang lain. Saya pun ada kehidupan saya, dan saya rasa saya tak ganggu hubungan orang lain. Dan, maafkan saya sekiranyaa saya ada lakukan kesalahan yang tak sengaja dan sengaja pada diri anda di luar sana. Maafkan saya :(
