Assalamualaikum dan selamat petang semua ,
Dah lama tak updated blog . berhabuk sudah . tapi , aku tak pernah lupa nak selalu updated semua ini .
dikesempatan ini , dan saya harap masih lagi terasa kehangatan hari raya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin . Maafkan sekiranya , saya telah melakukan kesilapan bersama kamu semua . Kita manusia tak pernah sempurna , sering melakukan kesilapan sama ada sengaja atau tak sengaja . Halalkan makan minum saya selama perkenalan kita .
Bagaimana raya tahun ini ? Mesti seronok kan ? Alhamdulilah , kita masih diberi kesempatan bersama family dan kawan kawan . Mengharapkan kita berjumpa lagi raya akan datang dan puasa bersama sama lagi memeriahkan raya akan datang .
Alhamdulilah , saya diberi peluang beraya bersama keluarga ayah kandung saya di kedah. Tak lupa juga , saya diberi peluang sekali lagi beraya bersama emak saya dan ayah tiri saya sekeluarga di Johor. Tahun ini bermakna bagi saya :') Mungkin saya rasa cemburu , tengok keluarga lain semua beraya bersama family kandung sendiri . tapi, saya bersyukur saya masih ada ayah dan mak kandung saya even mereka bercerai. Mungkin juga, sudah masa nya saya lebih bepikiran matang selepas ini untuk teruskan kehidupan saya .
Disini , saya lampirkan gambar-gambar family ayah kandung saya di Kedah serta saya akan post entry picture family mak saya di Johor :)
Bersama Ayah , Bapa sedara & Emak sedara serta sepupu saya :)
Ini dahulu dari saya , Terima Kasih . Assalamualaikum . LOL , Azilah Ibrahim ♥
