ALL ABOUT ME

I have been trying to find answers for a lot of questions all my life. I have been looking for greatness and achievement but each and every time I ty to run after them, I end up in pain as my expectations about myself are just trampled over. However, after a lifelong seacrh of who I really am, I realized that I am nobody but myself. It is I who I must be and nobody else . You can hate me but you can't break me, You can block me but you can't stop me, You can judge me but you can't change me. And I love my friends because they love me and accept me for who I am ‏and My bestfriends aren't perfect but they could make my day perfect. Seriously. i'm afraid of losing my parents, my family, my friends. I love them forever ♥

♥ sahabat ♥

Wednesday, August 24

Janganlah bersedih , Jadilah orang yang paling bahagia

:- Selalu bersyukur
Lihat keliling anda. Anda ada keluarga yg menyayangi anda? Kawan-kawan yg setia? Kerja? Ada duit untuk membeli makanan? Bersyukurlah dengan apa yg anda ada. Ada lagi di luar sana yg lebih menderita dari anda.

:- Jangan suka berfikir yang bukan-bukan
Daripada anda terus menerus berfikir tentang sesuatu benda yg tak pasti lagi, lebih baik anda berzikir atau baca alquran..dapat juga pahala!

:- Lupakan benda yang dah berlaku
Past is past. Sukar mana pun anda ingin melupakan masa lampau anda, anda harus melakukan sesuatu untuk melupakannya. Maafkan diri anda atau sesiapa yg pernah menyakitkan hati anda.
Life must go on!

:- Menolong orang lain
Jika anda selalunya seorang driver yg kedekut jalan (macam jalan tu keluarga anda yg punya) sekali sekala, mengalahlah sikit...apa salahnya berilah laluan kepada kereta yg ingin memasuki laluan anda.
Pertolongan yg kecil tapi anda pasti gembira.

:- Mendengar lagu
Pasang lagu kegemaran anda kuat-kuat & ikut nyanyi bersama. Selagi jiran sebelah rumah tak muncul depan pintu rumah anda & ketuk kepala anda dengan senduk, anda nyanyilah sepuas hati anda!

:- Tonton cerita kelakar
Kalau rasa membazir duit, tanya kawan anda jika ada koleksi cerita komedi. Make sure cerita yg betul-betul kelakar je ok? Takut nanti end-up anda lagi sedih pulak~~

:- Hubungi teman
Jangan lah layan perasaan sedih sorang-sorang. Hubungi teman baik anda & luahkan masalah anda. Tapi tengok-tengoklah jam di dinding sebelum anda call dia. Elakkan dari kacau dia pukul 2-3 pagi.
Takut bertambah sedih pula anda kena marah dengan dia sebab kejutkan dia dari tidur (bukan sengaja nak marah, tapi dia mamai...)

:- Pergilah bercuti
Kalau ada duit terlebih dalam bank tu (tak tau sangat nak buat apa), apakata gunakan duit tu untuk pergi bercuti? Kalau rasa bercuti kat luar negara tu macam mahal sangat, bercuti dalam Malaysia pun jadilah..banyak tempat best apa kat Malaysia ni..Agak-agak nak tengok banyak mat/minah salleh pergilah bercuti ke pulau-pulau..(nakal tauu!)

:- Buat perkara yg anda suka
Kalau saya, saya sangat suka....Makan!! Bila makan saya akan lupakan semua kesedihan saya..(tips ini amat sangat tidak baik untuk mereka yg sedang berdiet..huhu)
Atau pun, saya akan pergi bershopping...Dapat beli sehelai baju pun cukup lah...sekali sekala, bagilah diri kita hadiah ;-)



- Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari & turunkan hujan.
Lalu kita berasa sedih & tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari...
Rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi.

Seteruk mana pun masalah kita,
Kita kena selalu bersyukur dengan apa yg kita ada..
Mungkin kita pernah berada di atas & akibat kita terlalu selesa berada di atas,
Kita terlupa untuk bersyukur..
Ketika itu kita sedikit pun tidak memandang ke bawah..
Maka bila ditakdirkan kita jatuh, kita terasa sangat susah untuk bangun semula..
Tapi kita mesti sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang kita tempuh adalah bukti Allah sayangkan kita..
Dia tidak mahu kita terus leka..
Lalu Allah berikan kita sedikit pengajaran,
Apa yang Allah beri pada kita, Dia boleh menariknya semula dari kita..

Maka,
Bila kita berada di atas, jenguk-jenguk lah ke bawah..
Bila kita berada di bawah, jangan lah kita terlalu kecewa..Berusahalah untuk bangun kembali...
Mungkin sukar..tapi sentiasa lah berfikiran positif, selalu doa kepada Allah agar urusan kita di permudahkan..
InsyaAllah, Allah akan mendengar rintihan hamba-Nya...