19/08/2011- Tiada yang lebih manis dapat meringankan beban mereka yang kurang mampu.
Faktor itu, mendorong pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam tampil mengagihkan juadah sahur.
Peluang yang ada juga digunakan untuk dekati golongan sasar.
Seawal 2 pagi, kumpulan pelajar ini mula memenuhi kawasan kafeteria.
Tujuannya - menyediakan bungkusan makanan bagi program sahur.
Nazri Idris/Penasihat Program
"Ini program yang pertama kita panggil Cakna Sahur. Cakna ni bahasanya kita caring, ambil berat. Jadi tujuannya adalah untuk eratkan dengan komuniti penduduk, pelajar-pelajar tinggal di TTDI Jaya yang majoriti tinggal sekitar politeknik ni. "
Kira-kira 2,000 bungkusan makanan disediakan untuk diedar ke enam zon.
Antaranya sekitar TTDI Jaya 1, 2, 3, Pangsapuri Jaya dan Pangsapuri Sri Melewar.
Bungkusan diagihkan kepada pelajar luar kolej, warga emas serta ibu tunggal.
Program mendapat kerjasama PDRM Seksyen 11, Shah Alam dan Persatuan Isteri-isteri Kakitangan Politeknik.
Turut serta, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia, Md Nor Yusof.
SUHILA SULAIMAN/PELAJAR
"Kita rasa sangat bertuah, beruntung pada malam ini kita dapat memberi satu jasa baik kepada semua penduduk."
MOHD ANAS HAMZAH/PELAJAR
"Program ni macam bersahur ni memang dituntut dalam Islam so kami rasa bangga sebagai warga politeknik ni rasa begitu bangga dan semangat untuk jayakan program ni."